Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word Kumpulan 4

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta didedahkan dengan fungsi komponen komputer, sistem operasi dan pengenalan kepada Microsoft Word. Para peserta juga diberikan tugasan menaip untuk menguji tahap pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali